Saturday, January 5, 2013

aktiviti cuti sekolah Amy 2012

                  Pada cuti sekolah yang lalu, beberapa program telah dirancang oleh ibu saya. Salah satu rancangan ialah pergi ke kursus kunu mithlana yang diadakan di dewan SIRIM selama lima minggu. Disitu saya dapat berkenalan dengan ramai kawan anak anggota sirim. Selain itu saya juga dapat berjumpa Ustaz Don. Aktiviti di sana ialah menghafal surah surah lazim, doa harian dan sebagainya. Itulah aktiviti saya selama lima minggu itu. Saya juga telah menghafal bnyk surah surah lazim serta surah albaqarah ayat satu hingga lima dan ayat kursi. Aktiviti yang paling menyedihkan ialah sewaktu hari terakhir iaitu hari perpisahan. akhirmajlis perpisahan itu kami memohon maaf antara satu sama lain dan kami terus bersurai.



                 Tinggal lagi seminggu cuti sekolah kami pergi pula ke Cameron Highlands. Udara di sana sungguh segar dan sejuk. Kami sampai disan lebih kurang dalm 3 setengah petang. Apabila sampai kami berhenti di sebuah restoran untuk mengalas perut. selepas itu kami pergi ke pangsapuri yang di sewa oleh makcu (kot). Didalamye mempunyai 3 bilik 2 tandas. Sebelum itu kami solat zuhur dan berehat di situ. Pada keesokan harinya kami sekeluarga pergi ke taman rama rama, taman bunga ros dan taman kaktus. Pada hari yang terakhir pula sebelum pulang kami sekeluarga singgah ke ladang teh boh yang besar. Disana kami banyak membuat aktiviti bergambar, sebelum pulang kami  makan untuk mengalas perut dan kami terus pulang 







                                tamat sudah cerita saya maaf kalau bosan sbb tak de gmbr or lain lain