Saturday, January 5, 2013

aktiviti cuti sekolah Amy 2012

                  Pada cuti sekolah yang lalu, beberapa program telah dirancang oleh ibu saya. Salah satu rancangan ialah pergi ke kursus kunu mithlana yang diadakan di dewan SIRIM selama lima minggu. Disitu saya dapat berkenalan dengan ramai kawan anak anggota sirim. Selain itu saya juga dapat berjumpa Ustaz Don. Aktiviti di sana ialah menghafal surah surah lazim, doa harian dan sebagainya. Itulah aktiviti saya selama lima minggu itu. Saya juga telah menghafal bnyk surah surah lazim serta surah albaqarah ayat satu hingga lima dan ayat kursi. Aktiviti yang paling menyedihkan ialah sewaktu hari terakhir iaitu hari perpisahan. akhirmajlis perpisahan itu kami memohon maaf antara satu sama lain dan kami terus bersurai.



                 Tinggal lagi seminggu cuti sekolah kami pergi pula ke Cameron Highlands. Udara di sana sungguh segar dan sejuk. Kami sampai disan lebih kurang dalm 3 setengah petang. Apabila sampai kami berhenti di sebuah restoran untuk mengalas perut. selepas itu kami pergi ke pangsapuri yang di sewa oleh makcu (kot). Didalamye mempunyai 3 bilik 2 tandas. Sebelum itu kami solat zuhur dan berehat di situ. Pada keesokan harinya kami sekeluarga pergi ke taman rama rama, taman bunga ros dan taman kaktus. Pada hari yang terakhir pula sebelum pulang kami sekeluarga singgah ke ladang teh boh yang besar. Disana kami banyak membuat aktiviti bergambar, sebelum pulang kami  makan untuk mengalas perut dan kami terus pulang 







                                tamat sudah cerita saya maaf kalau bosan sbb tak de gmbr or lain lain


Tuesday, November 13, 2012

5S buku Amy dan bilik tidur kami

  
SALAM, 



          Hari ini cuti DEEPAVALI , kami tidak kemana mana jadi kami pon membuat 5S dirumah. Mami mengemas bilik tidur dan Amy pula mengemas buku buku cerita Amy yang bersepah  di merata tempat. Amy mengeluarkan semua buku Amy di dalam rak. Selepas mengeluarkan buku buku itu Amy mengasingkan buku buku itu pula. Selepas itu Amy menyusun buku itu mengikut ketinggian. Selepas selesai semuanya,mami menolong Amy memasukkan buku itu ke dalam rak semula. Dan ini lah hasilnya



TENGAH HARI ,
Amy tolong mami masak MEE BANDUNG makanan kegemaran Amy. Mula mula Amy menyiang udang, sselepas itu saya memotong CARROT bulat bulat.Selepas itu Amy pun menolong mami  mencuci pinggan mangkuk di dapur. Yang lain semua mami yang buat, sebab mami kata Amy buat lambat.Lama menunggu , akhirnya makanan itu pun siap. Selepas itu kami pun menjamu selera bersama -sama..................~~~~~~~~~~~~~~~~



TAMAT SUDAH HARI INI..~~

Monday, November 12, 2012

CUTI SEKOLAH DI KIDZANIA K.L.





                          Hari Sabtu  (10.11.12) bermula lah cuti sekolah .mami cuti 1 minggu untuk menjaga kami sebelum pergi ke program EBIT LEU pada minggu hadapannya .seminggu itu jugalah kami meluangkan masa    dengan dengan keluarga .pada hari ISNIN Amy dan adik adik pergi ke KIDZANIA kami rase sungguh teruja kerana dapat pergi ke tempat yang tidak pernah kami pergi. terlebih dahulu, kami membeli tiket di kaunter yang disediakan. Kami terima check sebanyak RM 50.00 kidzos. Selepas itu kami terus masuk kedalam KIDZANIA, terlebih dahulu kami menukarkan check di CIMB Islamic ditempat yang yang disediakan. Selepas itu kami bersarapan dengan makan sausage yang berharga (RM 5.10 X 3) untuk kami bertiga ,selain itu kami beli satu popcorn dan sebotol air mineral water.Selepas habis makan saya dan keluarga terus pergi ketempat permainan yang lain. Kakak menjadi doktor di hospital KPJ  .kakak jadi surgeon. Sebelum itu kami diterangkan dahulu bagaimana hendak membuat suatu pekerjaan .Mula2 dia menerangkan tentang benda benda yang ingin digunakan sebelum membedah pesakit itu, selepas itu die menunjukkan cara membuatnye. Orang ini liver cancer sama macam abah tapi Amy tak bagi tau pon yang abah dah meninggal sbb liver cancer juga, selepas itu kami membuat sahaja apa yang di suruh buat, selepas habis kerja kami mendapat RM 10.00 kidzos kerana sudah berkerja .Abang dia masuk untuk masuk simulator kapal terbang  tetapi dia tidak mahu kerana telalu ramai passanger yang ingin masuk simulator kapal terbang itu . Selepas sejam menunggu kami pula pergi ke tempat lain kami pergi ke vitagen marigold pula , di situ kami menunggu hampir sejam .tapi kami tunggu hingga giliran kami. Abang masuk dulu dengan kumpulan yang lain .Kakak dengan adik , mesen membuat vitagen itu betul .Mami suruh kitaorang masuk pon sbb ,kiteorang suka minum vitagen tapi tak tau buat . Selepas itu kami memasukkan bahan bahan yang ingin membuat vitagen ,lepas tu keluarlah kami punya vitagen buatan sendiri dari mesen yang disediakan .Selepas itu kami pergi tempat lain, tapi tidak  menarik perhatian kami sebab terlalu ramai orang.K ami pon terus balik . Dalam kereta Amy dan adik2 semua tidur ,selepas itu kami makan di TESCO, kami makan nasi ayam di CHICKEN RICE SHOP. selepas selesai  makan kami membeli sedikit barang dapur dan jajan untuk mengisi perut jika lapar. Selepas itu kami pun pulang ke rumah ,Selepas itu kami terus SOLLAT  ZOHOR dirumah dan kami pun tertidur kerana terlalu penat bermain dan  berdiri lama untuk menunggu giliran.






                  TAMAT SUDAH PENGALAMAN SAYA DI KIDZANIA KUALA LUMPUR















Friday, October 26, 2012

KEM ALIM BUKLIT JUGRA ,DI BANTING

     
Hari pertama.


        Mami hantar Amy pukul dua petang di sekolah  kebangsaan hingga masuk kedalam bas. Amy bertolak dari sekolah dalam pukul tiga  dan sampai disana dalam pukul empat lebih. Selepas sampai disana Amy dan kawan kawan Amy yang duduk satu khemah dengan Amy pon tolong memasang khemah sambil diajar oleh juru latih di situ.Selepas itu kami makan petang dan masuk ke dalam dewan yang disediakan bagi mendengar taklimat. Kami diberitahu rancangan rancangan yang akan dilakukan pada waktu malam ini. Racangannya ialah semua orang mesti duduk berseorangan di suatu tempat tanpa berkomunikasi dengan kawan kawan . Jurulatih tidak membenarkan sesiapa pun yang menjerit dan bergerak apabila terjadi apa2 hingga pukul 2 pagi .Amy sebenarnya takut tapi akak fesi tu kate kite kena takut dengan allah dan yakin bahawa allah itu dekat dengan kita .Jadi Amy pon tinggal la sorang entah dekat mana  sambil menutup mata dengan sehelai baju .Amy berasa sangat ngantok . Pastu Amy kata dalam hati kalau hantu datang Amy tak kkesah lantak la Amy ngantuk Amy nak tidur.Selepas itu cikgu kejut Amy dengan berkata ASSALAMUALAIKUM nak balik tak ,cikgu bawa saya ketempat asal bersama kawa kawan yang lain.Kami berasa sangat penat dan kami terus tidur nyenyak di dalam khemah sampai esok pagi.


Hari kedua.


        Amy solat subuh berjemaah dengan kawan kawan ,Amy sarapan pagi dan kawan kawan pergi ke tempat untuk menaiki FLYING FOX dan bermain WATER CONFIDDEN .Selepas itu jurulatih menerangkan bagaimana hendak memakai barang barang yang perlu disangkut di atas tali itu .Sebelum itu Amy mesti menunggu giliran Amy untuk menaiki FLYING FOX sebelum itu Amy berasa sangat ngantuk hinggan rasa tidak boleh buka mata.Apabila sampai giliran Amy ,Amy  terus tak rasa ngantuk Amy terus bersemangat .Selepas itu Amy masuk ke dalam air dan bermain water confidden selepas menaiki FLYING FOX hingga basah lencunnnnnn.Malam pula kami ada night work pergi ke rumah api dalam masa lebih kuarang 1 jam juga.Apa bila sampai kami melihat keindahan banting di situ .Selepas itu mulalah cabaran   yang baru iaitu work confiddent pula.Sepatutnya kami perlu jalan berseorangan tetepi kami cuba dan cuba hingga dapat pergi bersama sama .Selepas tu kami sampai semula di tapak perkhemahan semula dan tidur  

Hari ketiga (terakhir)  


       hari ini hari ketiga Amy berada di sini, masa pon telah tiba untuk pulang Amy ingat dah habis aktiviti,kami pun mengemas barang barang tetapi rupa rupanya ade lagi aktiviti yang hendak dilakukan,iaitu (pergerakkan askar).Kami ingat pergerakkan askar ini tidak mengotorkan baju malah terlebih mengotorkan baju dengan menyusur bawah jambatan dan ianya berlecak/lopak yang amat menggelikan tetapi kami terpaksa melakukannya kalau tidak ,tidak boleh meneruskan cabaran yang lain .cabaran yang seterusnya ialah bergayut cara tarzan dan bawahnya mempunyai air dan lintah siapa jatuh masuk dalam air yang berlintah.cabaran yang seterusnya ialah memanjat halangan halangan yang berada di situ seperti kayu dan perlu panjat dan panjat hingga ke bawah.Selepas habis cabaran ini kami mandi dan membersihkan badan dengan lopak yanng mengotorkan itu.kami makan tengah hari dan bersiap untuk pulang kami menaiki bas dan pulang kami bertolak dapa pukul 1 setengah tengah hari.








Berginilah cabarannya ......................~~~~~~












Saturday, September 15, 2012

CUTI CUTI DI USS DAN LEGOLAND

          Amy berasa seronok apabila sudah sampai di USS  .Amy dapat main permainan yang sangat best dan sangat seronok.Amy dapat naik bot MADAGASCAR,tengok cerita shrek 4D dan naik bot di jurassic park. Mase tu Amy basah lencunn walaupon dah pakai baju hujan. Roler coster amy takut nak naik. Penat sangat pusing-pusing di USS, tapi amy sangat seronok.                                              
apabila esoknye amy sampai ke legoland. amy pon dapat naik bende pusing2 ,naik kereta api, naik kereta bomba dan membawanye sendiri. Amy nak ucap terime kasih kat mami sebab bawa Amy dan adik-adik bercuti.

Baru sampai di TUNE HOTEL JOHOR.

dalam perjalanan menaiki bas ke SINGAPORE.
Kami sekeluarga baru sampai UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE.
Esoknye selepas balik SINGPORE ke LEGOLAND
Amy memandu kereta sendiri .






                                                                                                      

Wednesday, September 12, 2012

esok ke JOHOR DAN SETERUSNYE KE SINGAPURA

               Esok Amy nak ke Johor dan esoknye akan ke Singapura,malam ni kene berkemas dan bersiap sedia nak pergi esok.hati ini rase macam tak sabar2 je nak ke sana,hanya buat bersabar dan tunggu.ESOK 13.09.2012  kami akan ke Johor DAN 14.09.2012 akan sampai saye ke singapura dengan menaiki bas dan merase sikit ke Negara orang lain .tunggu ,sabar je lah esok adelah hari  yang sangat ditunggu oleh Amy dan adik adik Amy.Tak pernah Amy merase tau saat2 ni

Monday, September 10, 2012

hari jadi Amy .

          Hari ini hari jadi Amy yang ke sepuluh (10).Amy tak dapat banyak hadiah pon kecuali dari mami sebab tak de orang pon yang tau hari ni hari jadi Amy.Semua orang lupa hari ni hari jadi Amy,kecuali kawan 2 baik Amy je yang tau.walaupun orang tak tau tapi mami tau.Makcu amy pon tau, die lah yang belikan kek untuk Amy ,kek tu ade ais krim dalam  die  sedap sangat .amy tak pernah rase kek yang macam tu.