Monday, November 12, 2012

CUTI SEKOLAH DI KIDZANIA K.L.





                          Hari Sabtu  (10.11.12) bermula lah cuti sekolah .mami cuti 1 minggu untuk menjaga kami sebelum pergi ke program EBIT LEU pada minggu hadapannya .seminggu itu jugalah kami meluangkan masa    dengan dengan keluarga .pada hari ISNIN Amy dan adik adik pergi ke KIDZANIA kami rase sungguh teruja kerana dapat pergi ke tempat yang tidak pernah kami pergi. terlebih dahulu, kami membeli tiket di kaunter yang disediakan. Kami terima check sebanyak RM 50.00 kidzos. Selepas itu kami terus masuk kedalam KIDZANIA, terlebih dahulu kami menukarkan check di CIMB Islamic ditempat yang yang disediakan. Selepas itu kami bersarapan dengan makan sausage yang berharga (RM 5.10 X 3) untuk kami bertiga ,selain itu kami beli satu popcorn dan sebotol air mineral water.Selepas habis makan saya dan keluarga terus pergi ketempat permainan yang lain. Kakak menjadi doktor di hospital KPJ  .kakak jadi surgeon. Sebelum itu kami diterangkan dahulu bagaimana hendak membuat suatu pekerjaan .Mula2 dia menerangkan tentang benda benda yang ingin digunakan sebelum membedah pesakit itu, selepas itu die menunjukkan cara membuatnye. Orang ini liver cancer sama macam abah tapi Amy tak bagi tau pon yang abah dah meninggal sbb liver cancer juga, selepas itu kami membuat sahaja apa yang di suruh buat, selepas habis kerja kami mendapat RM 10.00 kidzos kerana sudah berkerja .Abang dia masuk untuk masuk simulator kapal terbang  tetapi dia tidak mahu kerana telalu ramai passanger yang ingin masuk simulator kapal terbang itu . Selepas sejam menunggu kami pula pergi ke tempat lain kami pergi ke vitagen marigold pula , di situ kami menunggu hampir sejam .tapi kami tunggu hingga giliran kami. Abang masuk dulu dengan kumpulan yang lain .Kakak dengan adik , mesen membuat vitagen itu betul .Mami suruh kitaorang masuk pon sbb ,kiteorang suka minum vitagen tapi tak tau buat . Selepas itu kami memasukkan bahan bahan yang ingin membuat vitagen ,lepas tu keluarlah kami punya vitagen buatan sendiri dari mesen yang disediakan .Selepas itu kami pergi tempat lain, tapi tidak  menarik perhatian kami sebab terlalu ramai orang.K ami pon terus balik . Dalam kereta Amy dan adik2 semua tidur ,selepas itu kami makan di TESCO, kami makan nasi ayam di CHICKEN RICE SHOP. selepas selesai  makan kami membeli sedikit barang dapur dan jajan untuk mengisi perut jika lapar. Selepas itu kami pun pulang ke rumah ,Selepas itu kami terus SOLLAT  ZOHOR dirumah dan kami pun tertidur kerana terlalu penat bermain dan  berdiri lama untuk menunggu giliran.






                  TAMAT SUDAH PENGALAMAN SAYA DI KIDZANIA KUALA LUMPUR















No comments:

Post a Comment